As Salam,
Entry nie dibuat atas saranan Cik Sarah Siamang selepas menjadi head n shoulder untuk aku cry me a river jap. Seperti biasa dalam lumrah menjadi manusia kite sering beranggapan ape yang kite buat dan lakukan sudah pasti perkara itu betul. Untuk itu, kite akan berjuang bermati-matian seperti bersilat di gelanggang mesyuarat. Aku secara peribadi memang seorang yang bermulut puaka. Lebih-lebih lagi kalau mesyurat tu dimulakan dengan ayat puaka oleh ahli korum mesyuarat.
Ari nie dalam sejarah pepatah lama" Kerana Mulut Badan Binasa" memang terkene setepek kat dahi aku. Bukan ape..aku sedar perkara tu memang aku betul..tetapi sebagai seorang manusia yang ada akal dan pertimbangan xwajar aku melontar ketidakpuashati aku dengan cara yang tidak berkhemat. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang aku dah buat. Bukan saja kite akan rase malu seumur hidup, tetapi xdapat nak khusyuk solat kerana dok terpikior betapa bodoh nyer la ngn ape yang telah kite buat. Bak kate pepatah lagi...nasi sudah menjadi bubur.
Dari peristiwa tersebut, aku rase memang aku nie ada masalah anger management dan perlukan pendekatan yang lebih rohani. Aku xmau ler gi kaunseling dan kena menjawab soalan yang bodoh. Aku xbodoh cume perlu kawalan minda jer. Life is all bout learning a new things, and a long the way tu we might lost in our world. Aklu rase menyesal kerana telah membuatkan sesama umah jadi berkelahi dan wujud perasaan xsenang. Wujud perasaan dendam or rase malu dan menyampah dengan manusia.Untuk kesalahan tersebut aku rela dijudas beramai-ramai. Rase menyesal adalah sesuatu yang baik sebenarnya. So aku bersyukur sesangat telah berlaku perkara yang tidak baik untukku dan berharap perkara tersebut akan menjadi sempadan atau pengajaran di masa akan datang.
Sorry la klu entry nie agak bosan, tapi wat to do... This is part of my responsible to write somethin good so other people will learn from our past. Hopefully nothin bad will happen n we as human beings will live happily ever after....
Sekarang nie, harus aku gi meeting ngn pakai baldi dalam mesyuarat.....